Monday 4 November 2013

PD BATIK Meraikan Anak-anak Yatim di Soul Carnival, Multimedia University, Cyberjaya.


26 Oktober 2013- Seramai 27 orang pelajar dari Rumah Anak Yatim As Solihin
berpeluang untuk mewarna batik canting sempena Soul Carnival di Multimedia
 University, Cyberjaya. Para pelajar tersebut begitu teruja apabila mereka diajar
teknik mewarna batik  dan  menghasilkan nama mereka yang telah dibatikkan. 

    








 

Sunday 15 April 2012

PD Batik di Selamat Pagi 1Malaysia

1 April 2012, Team PD Batik telah diundang untuk siaran secara langsung di dalam Rancangan Selamat Pagi 1Malaysia melalui siaran RTM1.
Siaran langsung ini tepat ke udara pada jam 8.30 pagi. En. Zakaria Idris selaku pengarah Urusan PD Batik telah ditemu bual mengenai aktiviti Batik Interaktif yang telah dijalankan sepanjang Hari Kraf Kebangsaan yang sedang berlangsung.Selain dari itu, Team PD Batik telah membuat demonstrasi mewarna batik canting semasa rakaman tersebut dijalankan.

PD Batik juga memperkenalkan 3 pakej terbaru iaitu:
1. menceriakan Majlis Hari Jadi serendah RM500.
2. Pakej Family Day untuk individu atau Korporat
   serendah RM700.
3. Pakej "Fund Raising" untuk sekolah , persatuan dan NGO serendah RM700.



Saturday 26 November 2011

Kemeriahan di Karnival Upin & Ipin



Wow!!!, sungguh meriah..Dari pendalaman kampung ke pusat bandar, dari yang  kecil hingga ke dewasa, yang tua dan yang muda, berdua, atau berkeluarga, dari agensi kerajaan ke agensi swasta dan badan beruniform. Semuanya sudah melakukannya..Anda bila pula?.....

PD Batik di Monsoon Cup bersama Upin & Ipin



PD Batik dijemput khas untuk memeriahkan KARNIVAL UPIN & IPIN sempena MONSOON Cup di Ri-Yaz Heritage Marina Resort, Kuala Terengganu.

Team Hot FM, Farra Fauzana, Faizal Ismail dan AG turut membuat sentuhan seni di booth kami.


Terima kasih kepada pihak pengurusan event yang sudi menjemput PD Batik untuk memeriahkan  karnival serta  semua pengunjung booth PD Batik.

Bravo! kepada semua krew PD Batik yang menjalankan tugas dengan cemerlang.

Jumpa kami di LIMA Langkawi dari 3Disember 2011 sehingga 13 Disember 2011!!!

Tuesday 15 November 2011

PD Batik bersama Karnival Upin & Ipin


PD BATIK datang lagi, kali ini bersama UPIN & IPIN

Pada 15-29 November ini, datanglah beramai-ramai ke Atrium BB Plaza di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan sama-sama memeriahkan "Karnival Upin & Ipin".PD Batik akan berada disana selama 15 hari untuk menjayakan program ini bersempena cuti sekolah dengan pelbagai aktiviti menarik dan booth-booth jualan yang menanti anda disana.

Tarikh    : 15 - 29 November 2011

Masa     : 10.00 pagi - 10.00 malam

Tempat  : Atrium BB Plaza

Datanglah beramai-ramai dan memeriahkan acara ini.







Friday 21 October 2011

HARI KANAK-KANAK SEDUNIA


Jika anda berkelapangan di hujung bulan ini, datanglah beramai-ramai bersama anak-anak anda ke Kompleks Kraftangan Kuala Lumpur di jalan Conlay bersempena " HARI KANAK-KANAK SEDUNIA ". Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia akan mengajurakan Program " Ceria Bersama Kraf ". Program ini terbuka kepada kanak-kanak berumur 4-12 tahun.
Terdapat berbagai pertandingan dan aktiviti interaktif untuk kanak-kanak antaranya ialah Interaktif mewarna batik. Hasil dari mewarna batik tersebut boleh dibawa pulang untuk dijadikan hiasan dinding atau simpanan peribadi. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan program ini. 

Berikut disertakan aturcara program :

Tarikh : 29 Oktober 2011 ( Sabtu )
Masa : 7.30 pagi - 5.00 petang
Pendaftaran : 7.30 pagi
Tempat : Kompleks Kraf Kuala Lumpur

Berikut adalah Jadual Aktiviti :